Pageviews last month

Wednesday, September 18, 2019

Apa itu pecahan?




Pernahkah anda berkongsi dalam kehidupan seharian? Sebagai contoh, sekeping kek, sekeping coklat dan lain-lain.

Selain itu, pernahkah anda pernah nampak "offer" atau diskaun di supermarket?
Ini sebenarnya melibatkan satu konsep iaitu pecahan. Persoalannnya, apa itu pecahan.
Pecahan ialah satu cabang penting dalam matematik. Pecahan ialah nombor yang mewakili BAHAGIAN daripada keseluruhan atau kumpulan. Bagi memahami topik in, pelajar perlu memahami "seimbang", “bahagi” dan “1”.


Gambar ini ialah satu biskut, dalam topik ini dipetik sebagai “1”. Apakah yang akan berlaku jika ia dibahagi kepada dua orang pelajar?
                                    
                                     

Jika ini berada di dunia sebenar kita, kita akan pecahkan biskut itu seperti gambar di atas, manakala di dunia matematik, konsep ini dikenali sebagai pecahan.
Sebagai contoh biskut dipeceah kedua bahagian, satu bahagian akan dipanggil "satu per dua" atau "1/2".
Pecahan terawal ialah salingan integer-integer yang menggunakan simbol mewakili satu perdua, satu pertiga, satu perempat, dan seterusnya.
                                      

Dalam perkembangan seterusnya, pecahan "kasar" atau pecahan biasa telah dibangunkan dan ia masih digunakan sehingga hari ini. Pecahan ini terdiri daripada satu pengangka dan satu penyebut, pengangka mewakili beberapa bahagian sama dan penyebut menunjukkan berapa banyak bahagian-bahagian tersebut yang membentuk keseluruhan. Sebagai contoh dalam pecahan 3/4, pengangka, 3, menunjukkan 3 bahagian sama, sementara penyebut, 4, menunjukkan yang 4 bahagian yang membentuk keseluruhan.

Kepentingan Pecahan

Dari segi matematik, pecahan memberi tahu kepada kita bahawa terdapat nombor yang menunjukan nilai antara dua nombor integer. Pecahan juga memberi banyak pembantuan dalam cabangan matematik lain.
Dari segi kehidupan, pecahan telah membantu kita memudahkan proses pengiraan.


Perbincangan: Apa yang Akan Berlaku Jika Pecahan Tidak Dicipta/Diwujudkan?

Pecahan sebenarnya ialah sebahagian daripada konsep bahagi daripada dasar matematik. Pecahan dan perpuluhan juga ialah sebahagian siri nombor. 
Secara ringkasnya, pecahan ialah sebahagian daripada asas Matematik dan terlibat dalam pelbagai teknologi pada masa ini. JIka pecahan "hilang", taraf hidup manusia akan menurun dan masyarakat manusia akan mengalami degradasi.

Math is Fun! Enjoy Maths!



2 comments:

  1. nice explanation, useful for me

    ReplyDelete
  2. blog ini sangat berguna dan mudah untuk difahami. Terima kasih dan pls buat lebih banyak blog macam ini. UPSR BOLEH PASS KALAU ADA BLOG MACAM INI SEBELUM KITA AMBIL UJIAN...........

    ReplyDelete

Taniah !

Anda telah mempelajari semua maklumat tentang pecahan! Berikit adalah Kuiz KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) bagi anda untuk membuat ...