Pageviews last month

Sunday, September 22, 2019

Penyangka, Penyebut dan jenis-jenis pecahan


Pecahan




Pecahan dibina oleh pengangka dan penyebut.

Pecahan juga bermaksud nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan.

                




Pecahan ini = 3/8

3 = pengangka                                

8 = penyebut 

Pecahan ini boleh disebut dengan tiga per lapan” iaitu bermaksud dengan tiga bahagian daripada lapan.                                                                              

Untuk memastikan pihak pelajar boleh lebih memahami tentag pecahan, satu link telah dicari dari sesawang laman "youtube" supaya boleh menjelaskan maksud pecahan dengan lebih jelas.

https://www.youtube.com/watch?v=pw4MjYB42Vw


Terdapat beberapa contoh pecahan seperti:

Pecahan Biasa

Pecahan Campuran

Pecahan Desimal

Pecahan Peratus

Pecahan Tak Wajar 


Pecahan Wajar

Untuk memudahkan penjelasan kita, satu peta minda telah diwujudkan.


Penjelasan:

1. Pecahan Biasa

Pecahan Biasa ialah satu nombor nisbah yang ditulis dengan satu pengangka, iaitu bermaksud (nombor bukan integer).


Contoh:

  1.24, 2/3, 0.98, 9/8, 1 2/5 merupakan contoh pecahan biasa.



2Pecahan Campuran
Pecahan Campuran ialah pecahan yang terdiri daripada satu nombor bulat beserta satu pecahan wajar.


Contoh:

Melalui contoh di atas, kita boleh tahu satu nombor bulat tambah satu nombor wajar akan menjadi satu pecahan campuran.

3Pecahan Desimal
Pecahan Desimal ialah bilangan pecahan yang dengan pembilangnya 10, 100, dst.. penyebutnya misal 10, 100, 1000, dan seterusnya, kemudian ditulis dengan tanda koma (,).
Contoh:
12,93 merupakan pecahan desimal, ia boleh ditulis dengan 12 93/100, boleh dibaca dengan dua belas seratus sembilan ratus tiga puluh per-seratus.



4Pecahan Peratus

Peratusan ialah satu cara menyatakan nombor sebagai sebuah pecahan daripada 100 (peratus bermaksud per seratus).

Pecahan peratus sering ditandai dengan tanda peratus, %.



Contoh:

75% boleh dibaca dengan enam puluh tujuh peratus dan 75% juga sama dengan 75/100 atau 0.75.



5Pecahan Wajar
Pecahan wajar ialah nilai pengangka kurang daripada nilai penyebut yang menjadikan nilai keseluruhan pecahan kurang daripada 1.

Contoh:
2/4 + 1/4 = 3/4



6Pecahan Tak Wajar
Pecahan tak wajar mempunyai dua ciri, iaitu pecahan yang mempunyai pengangka lebih banyak daripada penyedut atau sama dengan penyedut.

Contoh pengangka ini lebih besar daripada penyebut:


Contoh pengangka sama dengan penyedut:







Ini adalah semua contoh dan nota yang telah disediakan.





Contoh kualitatif dan kuantititif untuk pecahan:



Gambar di bawah ialah contoh kualitatif untuk pecahan.




Melalui gambar di atas, walaupun gambar ini tidak memberi sebarang maklumat kepada kita, tetapi melalui gambar di atas, kita boleh mendapat banyak maklumat daripadanya. Jika bulatan ini diibaratkan sebagai satu kek, antara maklumat yang boleh dapat dari gambar ini ialah:

  • Gambar di atas mempunyai tiga bahagian.
  • Dalam bahagian pertama,8 keping daripada satu kek itu telah dilorekkan, manakala untuk bahagian kedua pula, 3 keping daripada satu kek itu juga telah dilorekkan. Dalam bahagian ketiga, kita boleh mendapat maklumat tentang 11 keping daripada satu kek itu telah dilorekkan.

  • Satu kek boleh dibahagi kepada 12 keping.
  • Jika guna pengetahuan matematik, kita boleh tahu 8 keping daripada 12 keping kek itu tambah dengan 3 keping daripada 12 keping kek itu adalah sama dengan 11 keping daripada 12 keping kek itu.
  • 8/12 + 3/12 = 11/12


Graf di bawah ialah contoh kuantitatif untuk pecahan.

Melalui gambar di atas, kita boleh mendapat maklumat dengan cepat dan jelas, iaitu 1 + 1/3 =?. Dengan menggunakan pengetahuan matematik, kita boleh tahu bahawa 1 + 1/3 =1 1/3.


Untuk memastikan nota kita boleh lebih terperinci, kita telah membuat soalan dalam satu link dan beberapa soalan telah diwujudkan supaya para pelajar boleh lebih memahami pecahan dengan lebih jelas. 


Link yang dicipta:


Sebelum menjawab soalan di atas, kita harap para pelajar boleh rujuk beberapa video dengan menggunakan link di bawah supaya lebih menguasai kemahiran menjawab soalan pecahan yang telah disediakan ini.

Video pertama: Video ini boleh mengajar kita untuk menjawab soalan pecahan dengan cara pertambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian.


Video kedua: Video ini akan mengajar kamu cara mengubah pecahan decimal kepada pecahan biasa

Video ketiga: Video ini boleh mengajar kita tentang perjumlahan dan pengurangan pecahan campuran.
















4 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih, kami akan berusaha lagi untuk menghasil blog yang lebih menarik dan dapat membantu orang yang memerlukan maklumat ini.

      Delete
    2. YE BETUL BUAT LAGI VLOG SAYA SOKONG

      Delete
  2. Wow, bagusnya nota ini. Terima Kasih

    ReplyDelete

Taniah !

Anda telah mempelajari semua maklumat tentang pecahan! Berikit adalah Kuiz KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) bagi anda untuk membuat ...